Tangisan Abah~bab2
MAlAM itu terang disinari bulan. Kamarul membuka tingkap biliknya untuk melihat langit. Saat begitu dia sangat rindu dengan arwah emaknya.
"Kamarul buat apa itu? Tidur cepat, esok kan ada sekolah." Nenek Yam masuk ke dalam bilik Kamarul seraya duduk di katil yang tilamnya kelihatan agak lusuh serta kelihatan beberapa tompok jahitan pada cadar. Kamarul tidak menjawab. Dia masih melayan lamunannya. "Kamarul, kenapa cucu nenek ni? Cuba bagitahu nenek kenapa." Nenek Yam sedar akan kemuraman cucunya sejak petang tadi lepas abah memukulnya.
"Kamarul rindu dekat arwah emak." Jawab Kamarul perlahan. Sayu Nenek Yam memandang Kamarul yang kian telah menjatuhkan air mata. Kemudian, Kamarul baring sambil meletakkan kepala nya di atas paha Nenek Yam. "Kalaulah arwah emak masih hidup sekarang mesti Kamarul tidak kena pukul dengan abah. Abah memang jahat, abah suka kalau kamarul mati." Terkejut Nenek Yam mendengarnya. Dia tidak tidak sangka Kamarul berfikiran sampai ke situ.
"Kamarul jangan fikir bukan bukan. Abah buat macam itu sebab abah sayang kamu." Kamarul segera menekup muka dengan menggunakan bantal. Asyik-asyik cakap macam itu. Nenek memang sama sama macam abah. Bisiknya dalam hati. "Kamarul mahu tidur nek." Nenek yam tahu hati cucunya sedang berlawan dengan kata-katanya tadi. Nenek Yam keluar selepas sahaja mematikan lampu bilik Kamrul.
Keesokkan harinya, Kamarul jalan kaki menuju ke sekolah. Tayar basikalnya dicabut oleh abah semalam kerana tidak mahu Kamarul jalan ke sungai itu untuk mandi. Kamarul masih ingat kata-kata abah semalam "kamu mandi di sungai itu macam sahaja dekat rumah takde air" Beberapa saat kemudian kelibat Ah seng dan Rammi kelihatan dari jauh. Mereka agaknya tidak menggunakan basikal. Mungkin abah mereka juga sama seperti abah Kamarul. Kelibat itu kian jelas lalu menyapa Kamarul. "Hai Kamarul, mana basikal kamu?" Soal Rammi kepada Kamarul. "Abah aku cabut tayar basikal aku. Kamu berdua pulak kenapa tak guna basikal?" Rammi dan Ah Seng mengeluh. "Ayoyo. Kitaorang memang samalah kawan. Apah saya sudah pancitkan tayar basikal saya. Apah cakap saya tidak mungkin pergi sungai kalau tayar basikal pancit." Keluh Rammi menepuk dahinya. "Saya juga sama loh. Papa saya sudah rantai itu tayar basikal saya. Huh. Kali ini Papa saya akan hukum saya loh." Jelas Ah Seng.
Kamarul tiba-tiba terfikir sesuatu. "Kalau macam tu aku ada idea, apa kata kalau kita tukar rancangan kita mandi sungai." Kamarul tersengih. "Apa idea kamu?" Soala Ah seng. Rami juga turut tertanya tanya.
"Mak dengar kamu nak jual motor kamu. Betulkah?" Soal Nenek Yam kepada Pak Jusuh yang sedang menjamu makanan yang ada di atas meja. Pak Jusuh tersentak seketika mendengarkan persoalan daripada emaknya itu. Entah dari mana emaknya dapat tahu berita itu. "Hendak buat macam mana mak, duit simpanan Jusuh dah dah nak habis. Hahu tu, yuran asrama Kamil tu tak boleh tangguh. Dah nak masuk semester dua dah ni. Dekat kebun sayur tu tak boleh harap sangat mak. Semua kena makan dengan serangga dan haiwan peliharaan orang kampung sebelah. Dekat ladang getah pulak banyak kena curi. Itu yang Jusuh terdetik nak jual motor tu." Jelas Pak Jusuh. "Apalah sangat pendapatan kalau kamu jual motor tu Jusuh. Lagipun motor tu kan motor peninggalan arwah ayah kamu. Kamu bukan tak tahu, masa arwah ayah kamu masih hidup dia memang sayang sangat dengan motor itu. Dah bertahun-tahun motor tu berkhidmat dengan arwah ayah kamu." "Tahu mak, tahu. Jusuh terpaksa. Bulan ni yuran asrama Kamil mesti kena bayar. Hutang jusuh dengan Pak Dil pun kena langsai bulan ni."
Nenek Yam menggeleng. Susah hendak nasihatkan anaknya itu. Selesai sahaja makan, Pak Jusuh berdiri dan mengambil baju kerjanya. "Mak Jusuh ke kebun sekejap nak bersihkan sebelah tanah kacang panjang tanaman mak tu." "Em, baik-baik jalan tu." Pesan Nenek Yam. Pak Jusuh keluar dan membawa parangnya yang tersangkut kemas di dinding luar rumah.
Tidak lama kemuadian, Cikgu Salina datang dengan memandu kereta proton. Perlahan-lahan Cikgu Salina keluar dari kereta. Pak Jusuh memerhati seketika sambil berjalan perlahan. "Pak Jusuh apa khabar?" Soal Cikgu Salina seraya melemparkan sebutir senyuman manis. Terserlah keayuannya apabila baju yang dipasangkan adalah baju kurung warna merah. " khabar baik. Ada apa hal cikgu datang ke sini ya?" " saya datang sebab hendak cakap sedikit berkenaan Kamarul." Pak Jusuh sudah agak, Kamarul memang cari pasal dengannya kali ini.
"Kamarul, kenapa cikgu?" Soal Pak Jusuh. Cikgu Salina diam seketika. Kehangatan terpancar di wajah cikgu itu kerana dari tadi Pak Jusuh tidak menjemputnya naik ke atas dahulu. Nenek Yam muncul di pintu rumah. "Eh, Cikgu Salina. Kenapa sembang dekat luar tu? marilah masuk. Panas dekat luar tu." Pelawa Nenek Yam. Nasib baik sahaja Nenek Yam mempelawanya naik kalau tidak berpanaslah dia di luar dengan matahari terik jam 12 tengahari itu. Cikgu Salina bingkas mendaki tangga berlalu di hadapan Pak Jusuh tanpa menjawab pertanyaan lelaki berumur 40-an itu. "Hah, Jusuh. Tadi kata hendak ke kebun?" Pak Jusuh menoleh ke atas. Nenek Yam begitu sibuk melayan Cikgu Salina. Rasa geramnya kini membuak-buak terhadap Kamarul kali ini. Mungkin kali ini lagi teruk budak 12 tahun itu dikerjakan.
Ulasan
Catat Ulasan