Tagisan abah ~bab1
SEPERTI biasa Kamarul, Ah Seng dan Rammi mandi di sungai kampung Pasir. Mereka bertiga akan singgah mandi di sungai itu selepas sahaja habis waktu sekolah. Walaupun sudah kerap di marahi oleh ibu bapa mereka namun mereka tetap berdegil untuk mandi di sungai tersebut. Semua amaran masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Kadang-kadang ada juga orang yang lalu di jambatan memarahi mereka namun di balas dengan kemarahan semula. Mereka tidak kisah apa yang orang lain nasihat kepada mereka.
Tetapi lain pula apabila Pak Jusuh yang bertindak, mereka bertiga akan lari lintang pungkang membawa pakaian dan basikal masing -masing kerana takut dipukul. Lebih-lebih lagi Kamarul. Kamarul akan mengigil apabila abahnya iaitu Pak Jusuh menoleh ke arahnya.
Kamarul memanggil neneknya untuk meminta tualanya di dalam kamar. Dia akan segera membersihkan diri sebelum abah smpai. "Mandi sungai lagi ke kamarul?" Soal nenek. Kamarul mengangguk perlahan sambil mengigil kesejukan. Apa tidaknya, sudah tiga jam lebih mereka berendam dalam sungai tersebut."kamu ni Kamarul tak serik-serik ke lagi kena pukul dengan abah kamu. Dah berapa kali abah bagi amaran jangan mandi sungai tu, kalau ada apa-apa yang berlaku macam mana?" Bebel Nenek Yam sambil turun ke bawah mengambil pakaian kotor Kamarul. Tuala yang diminta oleh Kamarul segera dihulurkan. Kepala Nenek Yam menggeleng melihat cucunya yang berkaki ayam sambil mengigil itu.
Tidak lama kemudian, Pak Jusuh datang sambil membawa baldi dan setandan pisang yang masih kelihatan hijau pekat. "Hah Jusuh. Dari mana pisang yang kamu bawa ini?" soal Nenek Yam. "Dekat ladang. Jusuh nak jual dekat Encik Mugiram." Jawabnya. Dengan perlahan Kamarul cuba melarikan diri namun Pak Jusuh sedia menangkap kuat lengan kurus anaknya . Kamarul semakin takut, jantungnya kuat berdegup. Nenek Yam memeng faham akan tindakan Pak Jusuh kepada cucunya itu. "Abah cakap apa?" Soal Pak Jusuh dengan muka yang garang. "Abah minta maaf abah . Kamarul janji Kamarul tidak buat lagi". Suara Kamarul semakin bergetar kepalanya asyik tunduk ke bawah kerana tidak berani menunjuk muka kepada abah.
"Janji,janji! kenapa Kamarul ni keras kepala ya? Abah sudah kata banyak kali jangan mandi sungai tu lagi kenapa Kamarul masih melawan cakap abah ?" Kepala Kamarul ditolak kasar. Dengan tidak semena air mata Kamarul jatuh membasahi pipinya. "Jusuh sudah lah" Nenek Yam cuba menenangkan Pak Jusuh . Dia takut Pak Jusuh kali ini bertindak lebih agresif. Pak Jusuh menyandarkan pisang tadi ke tiang rumah seraya mengambil rotan untuk memukul anak bongsunya itu yang nakal. Kamarul ketakutan lalu berlindung di belakang Nenek Yam. Dia menjerit meminta maaf kepada abahnya namun telinga kanan Kamarul segera ditangkap oleh abah. Tubuh Kamarul terpaksa bergerak menghampiri abahnya oleh kerana telinga kanannya sakit ditarik bagai hendak putus dibuatnya.
Rotan yang keras melekat di tubuh Kamarul yqng kurus. Nenek Yam cuba menghalang Pak Jusuh. Dia bimbang cucunya akan mati atau cacat dipukul oleh ayah sendiri. "Jusuh berhenti! Ya Allah. Tak kesian ke dengan anak kamu ni." Pak Jusuh tidak berhenti malah memukul Kamarul sehingga jatuh di atas tanah . Kamarul menjerit kesakitan sambil menangis teresak-esak. Banyak perkataan kasar yang keluar dari mulut abahnya. Sehingga terselit nama emak Kamarul. Nenek Yam menengking Pak Jusuh. Cucunya segera di tarik berdiri dan dipelukny erat. "Kamu ni Jusuh, dah hilang akal ke hah pukul Kamarul macam ni?" "Sebab saya hilang akallah saya buat macam ni! Jusuh dah hilang sabar dah dengan perangai Kamarul yang kuat melawan, kuat menipu, yang tidak reti hormat orang lain!" Jawab Pak Jusuh kepada emaknya. "Tapi janganlah pukul sampai teruk macam ni !" Pak jusuh memandang tajam ke arah Kamarul. "Kamu pergi mandi sekarang ." Arah Pak Jusuh kepada Kamarul. Kamarul mengambil pakaian sekolahnya pada Nenek Yam . "Basuh pakaian kamu sendiri! Kalau abah nampak nenek kamu yang basuh ,siap kamu abah kerjakan." Begitu tegas Pak Jusuh dalam mendidik anaknya. Pak Jusuh begitu tidak suka jika anak-anaknya menyuruh Mak Yam yang membasuhkan pakaian mereka. Dia mahu setiap anak-anaknya berdikari sendiri. Kamarul segera naik untuk membersihkan diri. Esakan tadi ditahan kuat.
"Hishh. Kamu ni Jusuh, bukan macam tu ajar anak" tegur Mak Yam. "Mak, Kamarul itu nakal budaknya. Kalau kena tegur pun tidak mendengar" jawab Pak Jusuh. Nenek Yam bingkas duduk di atas anak tangga. "Macam mana budak tu tidak melawan kalau asyik-asyik kamu pukul dia maki hamun dia."Pak Jusuh menoleh tepat ke arah Nenek Yam. "Jusuh bukan apa mak, Jusuh takut kalau dia dah besar nanti Kamarul tak jadi manusia mak. Eh ,malulah orang kampung cakap mulut anak saya tu kurang ajar. Lepes tu cakap pulak yang Jusuh ni tak reti ajar anak." Kali ini Pak Jusuh direnung tajam oleh Nenek Yam. Entah apa pula yang Pak Jusuh salah cakap .
"Jusuh! Budak kamarul tu macam perangai kamu juga. Tahu tak kalau dah hari-hari kamu maki hamun dia sampai kamu libatkan arwah emak dia memang patut dia tiru. Biar kamu pun kena kutuk sekali" amboi mak ni . Bisik hati Pak Jusuh hairan akan emaknya yang salahkan cara dia ajar anak. Pak Jusuh tidak menjawab mungkin memang ada benarnya kata emaknya. " Sudahlah Jusuh mak malas hendak bertekak dengan kamu. Cakap pun bukan nak dengar. Tu budak Kamarul itu pun ikut kamu, tidak reti dengar cakap". Nenek Yam bingkas bangun dan mendaki anak tangga.
Saya baru belajar untuk menulis dan baru dalam blog ini. Atas kesalahan ejaan dan sebagainya maafkan saya.saya akan membuat yang lebih baik di kemudian cerita.
BalasPadam